Makan Sayur Banyak Boleh Gemok Tau
Kenapa saya tidak suka makan sayur?
Kenapa saya tidak suka makan sayur?
Kenapa saya tidak suka makan sayur?
emm, pasal rumah saya ada kucing (apa kena mengena pulak ni, terpengaruh iklan petronas agaknya).. Aku memang sangat dikenali dengan sikap degil aku tak suka makan sayur. Aku dilahirkan Carnivore, bukan Herbivore, macam mana aku nak makan sayur kalau aku ni kategori habitat Carnivore (hahahha, habitat kepala kau).
Nak dijadikan cerita, dulu mak aku punya hari-hari masak ada lauk sayur, memang die tau anak die takkan sentuh macam mana sekali pun. Satu hari dia dapat idea baik punye, dia masak nasi macam biasa, pastu lauk sayur 3 jenis. Memang kelakar la lauk sayur je semua. Die bajet aku nak taknak kena makan jugalah sayur menyayur itu (keh keh keh). Anak mak sorang ni bijak laksana tau, mak aku perhatikan aku dari jauh senduk nasi semua, letak kicap, lepas tu parking betul-betul depan mak aku. Punya la mak aku tepuk dahi mengenangkan perangai habitat Carnivore ni, mengucap panjang die tengok aku makan nasi kosong dengan kicap je.
hahahhaha, punya la degil aku taknak makan sayur. biar makan nasi kosong, janji kenyang, dari makan sayur pahit tu. argggg. Ni aku dapat satu lagi fakta baru yang menyatakan “Makan Sayur Banyak Boleh Gemok”. Wah, tak sabar nak tunjuk kat mak aku betapa sayur itu tidak elok sangat, nanti gemok. Aku pun bawak balik laptop pastu bersungguh-sungguh nak tunjuk kat mak aku gambar yang menguatkan lagi statement tu. Kamu semua tengok la sendiri.
p/s: tak pasal-pasal aku kena “kau mabuk ke ape” dengan mak sendiri.. Ala, orang buat lawak pun tak boleh :(





February 28th, 2010 at 9:44 am
alahai…comelnyer….
May 2nd, 2009 at 2:06 pm
aduyai en. badak~
April 30th, 2009 at 11:12 am
Mcm nih “twin” i! hahahhaa..
Sengal giler u nih..
April 29th, 2009 at 9:26 pm
hahahaha~
sungguh aku tensen!
April 29th, 2009 at 7:48 pm
merepek je pakcik sorang ni
April 29th, 2009 at 4:48 pm
har har, awk takkan berjaya la..
sayer bukan pemakan sayur.. saye pemakan daging..
carnivore tau carnivore? heheh
April 29th, 2009 at 4:43 pm
hehehehee..mmg patut pun awk kena mcm tu sebiji gan mak..ade ker pic makhluk tu yg awk tunjuk..agak2 laa..mati2 sy ingatkan tul, coz sy pengemar sayur yang x ader rasa..hahahaha..pe pun, sy akan cuba sedaya upaya bagi awk mamam sayur nnti..tgok laa awk..hehe..